TERMA DAN SYARAT

 

PERMOHONAN

 

  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap.
  2. Pemohon dikehendaki memuat naik salinan kad pengenalan dan Pendaftaran Perniagaan (16/17) melalui pautan yang disediakan serta menyertakannya bersama borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  3. Kategori ‘A’ – Gerai Memasak Menggunakan Tong Gas hanya dibenarkan berkumpulan dengan pemohon Kategori ‘A’ sahaja dan tidak dengan kategori petak lain.
  4. Kategori ‘A’ – Gerai Memasak Menggunakan Elektrik hanya dibenarkan berkumpulan dengan pemohon Kategori ‘A’ sahaja dan tidak dengan kategori petak lain.
  5. Kategori ‘B’ – Gerai Salaian hanya dibenarkan berkumpulan dengan pemohon petak Kategori ‘B’ Gerai Salaian sahaja dan tidak dengan kategori petak lain.
  6. Kategori ‘C’ – Gerai Runcit hanya dibenarkan berkumpulan dengan pemohon petak Kategori ‘C’ Gerai Runcit sahaja dan tidak dengan kategori petak lain.
  7. Peniaga individu hanya dibenarkan menyewa satu (1) petak sahaja.
  8. Peniaga berkumpulan hanya dibenarkan menyewa maksimum dua (2) petak dengan menggunakan nama dua pemohon berasingan.
  9. Kelulusan adalah tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan badan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Negara Brunei Darussalam
  10. Pembantu yang terdiri daripada pekerja asing (pemegang Kad Pintar Hijau) hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen dan Jabatan Buruh.
  11. Jika terdapat laporan kesihatan yang tidak memuaskan atau kes keracunan makanan, peniaga akan diarahkan untuk menghentikan operasi serta-merta.
  12. Pemohon tidak dibenarkan menjual atau memindahkan hak penyewaan petak kepada pihak lain. Jika didapati berbuat demikian, pemohon akan dikenakan tindakan denda dan penyewaan akan dibatalkan tanpa pemulangan bayaran.
  13. Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui pembayaran dalam talian sahaja didalam laman sesawang. Bayaran secara tunai tidak akan diterima.
  14. Semua pembelian petak adalah muktamad dan tiada pemulangan wang jika pemohon menarik diri atau dibatalkan penyertaannya.

 

PETAK PERNIAGAAN

 

  1. Petak Gerai Ramadhan adalah terhad, dan penerimaan permohonan bergantung kepada ketersediaan.
  2. Penggunaan ruang tambahan di luar petak yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
  3. Peniaga bertanggungjawab memastikan kebersihan petak sebelum, semasa, dan selepas perniagaan.
  4. Pembuangan sisa makanan, minuman, dan minyak masak ke dalam longkang adalah dilarang. Tindakan akan diambil jika gagal mematuhi peraturan ini.
  5. Bayaran sewa termasuk penggunaan ruang bagi Kategori A, B, dan C.
  6. Pemohon bertanggungjawab menyediakan peralatan dan kelengkapan sendiri.
  7. Jika kanvas rosak atau koyak, bayaran ganti rugi sebanyak BND 500.00 akan dikenakan.
  8. Penggunaan soket tambahan yang berlebihan tidak dibenarkan. Jika didapati melanggar, bayaran tambahan akan dikenakan.

 

SYARAT KHUSUS MENGIKUT KATEGORI

Kategori ‘A’ – Gerai Memasak Menggunakan Tong Gas.
  1. Hanya peniaga Kategori ‘A’ Gerai Memasak Menggunakan Tong Gas dibenarkan menggunakan gas.
  2. Penggunaan gas oleh zon lain adalah dilarang. Jika didapati melanggar, perniagaan akan dihentikan serta-merta tanpa pemulangan bayaran.
  3. Semua peniaga hendaklah mematuhi panduan keselamatan LPG dan syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan oleh BSM.
  4. Penggunaan ruang tambahan adalah tidak dibenarkan. Jika melanggar, bayaran tambahan sebanyak BND 2.00 per kaki persegi akan dikenakan.

 

Kategori ‘A’ – Gerai Memasak Menggunakan Elektrik.
  1. Peniaga Kategori ‘A’ – Gerai Memasak Menggunakan Elektrik tidak dibenarkan menggunakan gas.
  2. Peralatan elektrik tambahan seperti microwave, kipas, freezer, mesin memasak elektrik memerlukan bayaran tambahan kepada pengurusan.
  3. Penggunaan ruang tambahan adalah tidak dibenarkan. Jika melanggar, bayaran tambahan sebanyak BND 2.00 per kaki persegi akan dikenakan.

 

Kategori ‘B’ – Gerai Salaian
  1. Peniaga Kategori ‘B’ – Gerai Salaian tidak dibenarkan menggunakan gas atau elektrik untuk memasak.
  2. Penggunaan peralatan elektrik tambahan memerlukan bayaran tambahan kepada pengurusan.
  3. Penggunaan ruang tambahan adalah tidak dibenarkan. Jika melanggar, bayaran tambahan sebanyak BND 2.00 per kaki persegi akan dikenakan.

 

Kategori ‘C’ – Gerai Runcit
  1. Peniaga Kategori ‘C’ – Gerai Runcit tidak dibenarkan menggunakan gas atau elektrik untuk memasak.
  2. Penggunaan ruang tambahan adalah tidak dibenarkan. Jika melanggar, bayaran tambahan sebanyak BND 2.00 per kaki persegi akan dikenakan.

 

WAKTU PERNIAGAAN DAN BEKALAN ELEKTRIK

 

  1. Waktu operasi: 2:00 petang – 7:00 malam.
  2. Bekalan elektrik (lampu): 2:00 petang – 7:00 malam.
  3. Bekalan elektrik (soket): 2:00 petang – 7:00 malam.
  4. Bayaran tambahan untuk penggunaan peralatan elektrik: – Point 20 AMP: BND 50 per unit soket. – Point 13 AMP: BND 30 per unit soket.
  5. Semua pemasangan hendaklah dimaklumkan kepada pihak penganjur terlebih dahulu.
  6. Pendawaian tambahan tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Peniaga bertanggungjawab terhadap peralatan yang disewa. Sebarang kerosakan perlu diganti.
  8. Jika pemohon melanggar mana-mana syarat, kebenaran akan dibatalkan serta-merta.
  9. Pihak Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kecelakaan yang berlaku.

 

DEKLARASI PEMOHON

 

Saya dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Saya bersetuju menerima terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Saya memahami bahawa jika saya gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan kebenaran tanpa sebarang notis atau pemulangan bayaran.

Saya juga mengakui bahawa saya tidak akan membuat tuntutan pemulangan bayaran sewa petak sekiranya saya menarik diri atau jika penyertaan saya dibatalkan oleh pihak penganjur.

  • ☐ Saya bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.
  • ☐ Saya memahami bahawa kegagalan mematuhi syarat boleh mengakibatkan tindakan pembatalan penyertaan.

Sila semak dan pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar borang permohonan anda.